Nilai Sebuah Perniagaan

Terdapat 2 jenis asas tertubuhnya sebuah syarikat.

  1. Syarikat yang ditubuhkan atas dasar keuntungan “Profit Orientated”
  2. Syarikat yang ditubuhkan atas dasar nilai “Value Orientated”

Syarikat yang terbina atas asas nilai, akan mementingkan pekerja sebagai sebuah asset keuntungan syarikat, yang sangat-sangat perlu dijaga.  Pendapat mereka diambil kira, mereka dipercayai dalam melakukan kerja-kerja mereka, mereka dihargai atas pencapaian kerja mereka dan hal kebajikan keluarga mereka terjamin.

Syarikat yang tertubuh atas dasar nilai, tidak akan membuang pekerja mereka ketika berlakunya kemerosotan ekonomi.  Mereka akan mencari jalan lain untuk terus hidup.

Syarikat ini tidak menganggap anda sebagai pekerja tetapi sebagai rakan kongsi, dimana mereka sama-sama berkongsi keuntungan yang diperolehi.

Mereka sama-sama berkongsi matlamat berjaya dalam perniagaan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni.

Team Work

KEBEBASAN

Peluang perniagaan ini tersedia untuk mereka yang suka membuat keputusan sendiri, tetapkan matlamat sendiri, mencapai tahap ekonomi yang mereka kehendaki dan jaminan kewangan tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak semuanya bergantung kepada kehendak anda sendiri………..Kerana anda BEBAS menentukan masa depan sendiri.

KELUARGA

Dalam perniagaan ini kita adalah sebuah keluarga yang besar, yang saling menyokong dan membantu antara satu sama lain.  Perniagaan ni dibina bersama-sama keluarga anda dan suatu hari nanti anak-anak anda akan menyambung kejayaan yang telah anda bina dalam perniagaan ini

Everyone needs quality time with family

HARAPAN

Peluang ini memberi anda harapan untuk mengubah kehidupan anda tidak kira siapa anda, latarbelakang pelajaran, kebudayaan, umur.  Anda mempunyai peluang yang sama untuk membina perniagaan anda sendiri.  Anda berpeluang menunjukkan potensi diri anda dan syarikat percaya yang anda boleh lakukannya

PENGHARGAAN

Penghargaan adalah sesuatu yang sangat dititik beratkan atas usaha keras sehingga mencapai sesuatu tahap.  Kami percaya usaha keras anda perlu dihargai dan kami dan keluarga anda berbangga atas kejayaan anda.  Semua orang wajib dihargai berdasarkan pencapaian atas usaha dan komitmen yang diberi 

Reward

HARGA DIRI

Setiap individu perlu dihormati.  Mereka berhak dilayan dengan baik dan diberi peluang untuk berjaya sepenuhnya mengikut potensi diri mereka.  Dalam perniagaan ini anda akan sentisa dibimbing sehingga anda berjaya mencapai matlamat anda dan anda harus lakukan perkara yang sama untuk orang lain, demi harga diri.

RAKAN KONGSI

Kita adalah rakan kongsi yang bekerjasama dalam membina kejayaan.  Kejayaan yang kita capai adalah hasil kerja keras kita bersama.  Sebagai balasan kita bertanggungjawab untuk memberi servis yang terbaik, menyediakan bimbingan, latihan dan segala alat bantu yang diperlukan untuk berjaya

Everyone needs partner

INTEGRITI

Semua orang dalam organisasi bukan sahaja melakukan perniagaan, tapi perlu lakukan apa yang baik dan berakhlak mulia.  Kerana perniagaan ini lahir dari hati yang bersih.  Kejayaan bukan diukur dari segi ekonomi semata-mata tetapi lebih kepada kepercayaan, rasa hormat, kredibiliti dimata masyarakat.  Jangan biarkan intergriti anda dan rakan kongsi anda tercalar.

PENCAPAIAN

Syarikat menghargai setiap kejayaan yang dicapai dengan etika yang betul.  Apabila seseorang berkerja keras untuk mencapai impian mereka dan membantu orang lain mencapai apa yang mereka impikan, mereka berhak dira’ikan dengan penuh penghormatan

TANGGUNGJAWAB

Setiap orang adalah pemimpin yang mempunyai tanggungjawab yang besar dan perlu membina perniagaan ini berasaskan nilai murni yang kita pertahankan.  Anda perlu ingat, setiap orang yang anda perkenalkan menaruh harapan yang tinggi terhadap anda.  Anda bukan saja bertanggungjawab menjayakan mereka, malah juga bertanggungjawab memastikan mereka juga membantu orang lain berjaya

TANGGUNGJAWAB

Setiap orang adalah pemimpin yang mempunyai tanggungjawab yang besar dan perlu membina perniagaan ini berasaskan nilai murni yang kita pertahankan.  Anda perlu ingat, setiap orang yang anda perkenalkan menaruh harapan yang tinggi terhadap anda.  Anda bukan saja bertanggungjawab menjayakan mereka, malah juga bertanggungjawab memastikan mereka juga membantu orang lain berjaya

PERNIAGAAN TERBUKA

Perniagaan ini berkonsepkan keterbukaan, trenperansi dan fleksibel.  Tiada apa yang perlu disembunyikan.  Semua orang mempunyai peluang yang sama, tidak mengira latarbelakang pelajaran & ekonomi mereka.  Kejayaan bergantung atas usaha keras masing-masing.  Tiada sesiapa yang menggunakan sesiapa untuk kepentingan diri sendiri, ini adalah sebuah perniagaan WIN-WIN situation.  Bekerja keras dan perolehi pendapatan dengan memiliki perniagaan sendiri.  Semua orang inginkan perniagaan sendiri, tapi ramai yang belum tahu bagaimana, dan pemikiran mereka masih terbelenggu dengan kosep perniagaan konvensional

jadi rakan kongsi kami dan kami bertanggungjawab menjayakan anda

Leave a Reply