Perkara-Perkara yang perlu diambil Kira Sebelum Menyertai “Network Marketing” Business

Apa yang perlu diambil kira sebelum menyertai perniagaan “Network Marketing”

Steps to Success

STEP 1

Adakah mereka yang mengajak anda menyertai perniagaan ini benar-benar menggunakan produk dan perkhidmatan. Adakah mereka mampu untuk melakukan demo, menerangkan kebaikan produk, bagaimana menggunakannya, bagaimana dengan menyertai perniagaan ini dapat menigkatkan ekonomi keluarga atau menjadikan anda sihat, cantik dan apakah bimbingan dan cara untuk berjaya dalam perniagaan ini. Adakah anda dapat merasakan keikhlasan mereka dan anda terinspirasi dengan karektor mereka.

STEP 2

Adakah plan pemasaran dan kelebihan yang disediakan oleh syarikat jelas dan pastikan anda faham. Ketahui apa yang perlu anda bayar untuk meyertai perniagaan yang disyorkan. Berhati-hati dengan tawaran yang memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar untuk membeli barangan.

STEP 3

Adakah anda perlu mencapai kuota pembelian atau lebih difahami sebagai “Personal Maintain”. Elakkan syarikat yang menetapkan “personal Maintain” sebab ia bersalahan dengan garispanduan JAKIM mengikut syariah. Bolehkah anda menarik diri tanpa dikenakan sebarang denda. Syarikat perlu memberi tempoh bertenang untuk mereka mencuba perniagaan ini dan jika mereka ingin menarik diri, syarikat perlu memulangkan wang penyertaan dan mereka tidak dikenakan apa2 denda.

STEP 4

Adakah anda perlu beli untuk simpan stok? Sekali lagi elakkan syarikat yang memaksa anda untuk menbeli barangan sebagai stok dan untuk dijual kemudian, sebab ia juga bersalahan dengan Garispanduan JAKIM dan Akta jualan langsung

STEP 5

Adakah syarikat menawarkan barangan keguanan ramai, banyak pemintaan, beretika dan bermutu tinggi? Biar persembahan dan mutu barangan yang menjadi kepuasan hati pelanggan untuk mengulangi pembelian. Elakkan syarikat yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan produk hanyalah gimik untuk bermain dengan sistem piramid atau “Money Game”

STEP 6

Adakah anda rasa tertekan dipaksa untuk melakukan penjualan dan pembelian? Sekiranya and rasa tertekan dengan orang yang menaja anda, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pihak syarikat. Adalah penting untuk merasa selesa dan berada dalam persekitaran yang sihat dalam melakukan perniagaan “Netwok Marketing” kerana ia berkonsepkan perhubungan yang harmoni. Apabila mendaftar sebagai ahli anda hendaklah merasakan bahawa ini adalah suatu peluang, bukan kerana dipaksa atau menjaga hati seseorang.

STEP 7

Apakah latarbelakang syarikat dan sudah berapa lama mereka berada dalam industri? Syarikat yang telah lama bertapak dalam industri ini menunjukkan kekukuhan syarikat dan barangan yang ditawarkan adalah berkualiti, dan lebih baik lagi jika syarikat tersebut yang mengeluarkan barangan mereka sendiri untuk dipasarkan oleh ahli berdaftar. Anda perlu benar-benar mengkaji syarikat yang baru, atau anda dinasihatkan untuk menyertai syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 5 tahun. DiMalaysia syarikat yang sah adalah syarikat yang telah berdaftar sebagai ahli “Direct Selling Association of Malaysia” DSAM

STEP 8

Bagaimanakah kemudahan sistem yang telah disediakan oleh syarikat? Syarikat yang baik adalah syarikat yang menyediakan kemudahan pembelian, penghantaran, pengaduan dan perkhidmatan selepas pembelian yang cekap. Sangat perlu untuk syarikat menyediakan sistem Internet Online yang interektif untuk kemudahan ahli menjalankan perniagaan mereka

Ketahui “Network Markerting” yang sebenar

Leave a Reply